Sunday, February 21, 2010

Akademia dan Profesionalisme

Saya menamatkan pengajian akademik secara formal dalam bidang animasi pada tahun 2002. Hampir separuh daripada classmate saya memilih untuk terus berkhidmat dengan pihak penaja schoolarship. Sebahagiannya lagi memilih samaada menjadi lecturer ataupon menyambung pengajian akademik. Cuma peratusan kecil yang memilih untuk menongkah arus. Coba untung nasib mempertaruhkan bakat dan skil dalam industri multimedia yang masih sangat kecil ketika itu.

Saya juga mempunyai beberapa pilihan. Nasib saya cukup baik apabila ditawarkan pekerjaan sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan MLVK swasta (antara yang terawal) dalam mengimplimentasikan NOSS (National Occupation Skill Standard) Multimedia-Animasi. Walhal ketika itu saya masih lagi berada dalam tahun ketiga pengajian. Nampaknya perlumbaan melahirkan graduan-graduan multimedia khususnya animasi sudah pon bermula ketika itu. Seingat saya selepas tahun 2002 institusi pengajian yang menawarkan kursus-kursus multimedia tumbuh bagaikan cendawan. Modus mereka biasanya berorientasikan keuntungan ke atas bilangan pelajar. Sedih tapi benar.

Saya sempat mengajar 2 batch terawal -tahap 1 & 2 sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan lagi pengajian akademik. Sebabnya mudah. Pertama saya sendiri merasakan belum cukup ilmu untuk mengajar. Kedua sekiranya saya ingin terus menjadi lecturer, saya perlu membina "academic intelligence" dan dalam bidang akademik, intelligence (describing a property of the mind comprehending related abilities, such as the capacities for abstract thought, reasoning, planning and problem solving, the use of language, and to learn) seseorang itu diukur daripada "sijil kelayakan akademik" seperti degree, master & phd. Peluang saya terbuka luas apabila diterima berkhidmat sebagai system analyst di Institut Multimedia & Perisian, UPM -boleh buat postgrad study dalam masa yang sama.

Namun akhirnya saya berhenti mengaji. Saya sedar telah tersasar dari matlamat awal. Terlalu ikutkan arus. Terlalu normal. Minat saya bukanlah pada bidang akademik. Saya tidak ingin menjadi academician. Saya ingin praktis. Soalnya praktis memerlukan saya membangunkan set intelligence yang berlainan iaitu professional intelligence. Intelligence jenis ini tidak berjaya diajarkan dengan baik di akademi. Saya melihat banyak akademi (tidak semua) yang menawarkan kursus animasi di Malaysia masih gagal melatih profesional yang diharapkan dan memenuhi keperluan pasaran. Sebaliknya tugas itu dibebankan kepada industri. Solusi yang mudah.

Akademik dan profesional adalah amat berlainan. Akademia mengajar kita 1 + 1 = 2. Bidang profesional memerlukan kita menyelesaikan isu-isu seperti bagaimana 1 + 1 boleh menjadi 10? Sesungguhnya ilmu itu amal. Hanya dengan amalan, barulah kita memiliki ilmu itu. Academik adalah seperti mengajar seseorang itu berenang. Sungguhpon kita lambakkan buku-buku, pertontonkan segala video-video tutorial terkini dan dengan jurulatih yang terbaik dan hebat sekalipon.. tanpa turun ke dalam air seseorang itu pasti tidak akan pandai berenang! .. apatah lagi menjadi perenang profesional (dapat cari makan dengan berenang).

Sehingga hari ini saya masih lagi menganggap aktiviti saya cenderung kepada penawaran "professional service" selain baru giat berjual-jualan (menjaja) produk animasi. Semenjak-dua ini adalah juga rakan-rakan sepengajian yang singgah bertukar-tukar khabar. Rupa-rupanya tak kurang yang dah bosan mengabadikan diri (mengabdikan sekiranya tidak rela) di bidang akademik. Heh, tidak boleh tidak.. untuk majukan diri di bidang akademik, mereka perlulah terus berusaha memanjat tangga-tangga sijil kelayakan yang perlu. Satu hal, orang akademik ni memang pandai bercakap. Saya terkedu bila diajukan soalan seperti "Macamana cara nak buat bisnes yang paling tak berisiko tapi boleh cepat kaya?" atau soalan seperti "Ada orang nak bagi aku modal RM 5 juta. Bisnes apa aku patut buat dan macamana nak sell to overseas?" -sebenarnya saya telah gagal menjawab soalan-soalan itu.

Ramai antara kita yang mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Tapi dengan amalan rutin yang biasa, manakan kita beroleh sesuatu yang luar biasa.

Seperkara lagi tentang pengamal akademik bidang pengajian animasi di Malaysia ini. Serasa saya, kebanyakan (bukan semua) pensyarah-pensyarah ini memang tidak pernah praktis! Lebih karut lagi ada diantara mereka ini bukanlah berlatar-belakangkan pengajian asas dan berpengalaman dalam bidang animasi. Jadi, tolonglah berhati-hati dalam menyampaikan wadah kepada pelatih-pelatih muda kita. Industri animasi di Malaysia tidak boleh dibandingkan secara terus dengan Amerika, Jepun ataupon Korea. Sebaiknya, saya sangat mengesyorkan pensyarah-pensyarah ini juga diwajibkan menjalani latihan praktikal 6 bulan ke setahun bagi meningkatkan sedikit professional inteligence mereka. Akademia perlu berperanan seperti yang sepatutnya. Sudah sampai masanya IPT melatih para profesional. Bukan terus kekal sekadar pusat akademik semata-mata.

Pandangan saya adalah bersifat semasa. Tidak perlu emo!



2 comments:

  1. saya amat setuju..

    academition ngan idustrial practice/experience profesional amat berbeza..

    akademik banyak pada teori research dan analisis..

    idustri dan mereka yg bekerja dalam bidang tersebut melalui semua proses A-Z dan segala permasalan...reality works yg tidak dapat dipelajari di mana2 pusat institusi..

    saya berani mengatakan apa yg kita belajar di peringkat akademik hanya 30-40%..

    selebihnya realitinya byk yg perlu di harungi bila terlibat dalam bidang tersebut/bekerja.

    dan saya bersetuju pihak akademik perlukan tenaga pengajar yang berpengalaman..bukan hanya amik tangkap muat tenaga pengajar muda..

    juga segala birokrasi akademik mengenai tenaga pengajar dalam bidang kreatif bukan di ukur dalam sijil..MA ke PhD..perlu ada pengalaman..

    experience in the field its much more worth than a piece of certificate.

    truth hurts,,reality bites.

    ReplyDelete
  2. Tersentuh untuk menyentuh sedikit.

    Setuju dan mungkin terasa di tuju-tuju.

    Sukarnya memahamkan manusia yang telah duduk di lebel bijak pandai. Mereka masih hitam dengan pemahaman bahawa dengan memiliki kertas tinggi maka tidak perlu lagi sentuh kertas di mesin fotocopy.

    Aku pernah berhadapan dengan situasi ini dan diri menjadi sebegitu kecil bila pengalaman dalam bidang tidak sangat begitu dipandang. Malah gesaan untuk mendapatkan kertas lebih tebal diulang-ulang.

    Apapun entri itu sangat menyentuh dan ada bait-bait motivasi yang boleh dibuat penyembuh.

    ReplyDelete