Wednesday, December 9, 2009

KANCIL akan ke sekolah!

Siri animasi KANCIL episod 1 & 2 akan menemui adik-adik anda apabila ia akan diedarkan dalam bentuk DVD ke 8,100 buah sekolah rendah di seluruh Negara mulai Januari 2010. Ini menjadikan KANCIL, siri animasi pertama terbitan tempatan yang diiktiraf sebagai bahan P&P (Pengajaran & Pembelajaran) untuk tahap 1 (pra-sekolah sehingga tahun 3).

Penerbitan KANCIL pada asalnya bukanlah dirancang secara khusus untuk tujuan ini. Namun ruang yang sebegini baik kami sambut dengan rasa syukur dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah memberi kepercayaan.

3 comments:

  1. waaahh.. tahniah2!! alhamdulillah.. aku pun nak tumpang bangga la.. pasni bley la anak ko gi skolah, eh ni bapak aku punya suara ni rimau ni!! hehe

    ReplyDelete
  2. pastu kawan dia kata "apa? bapak ko harimau?"

    ReplyDelete
  3. otek.. nak se copy dvd jugak.. caner nak dpt?? nak jugak tunjuk kat anak2 aku tuh. Aku ada sample episod jer.. tuh pon diorang mintak ulang2..

    ReplyDelete