Friday, April 30, 2010

Pameran Animasi di Perpustakaan Negara

Satu Program Pameran Animasi 1Malaysia akan diadakan bertempat di Perpustakaan Negara. Berikut adalah detail yang diposkan kepada saya;

1. 4 Mei, jam 2 ptg.
- Majlis Perasmian Pameran (kepada yang berkesempatan marilah memeriahkan acara)

2. 8 Mei, jam 10 pg.
- Pertandingan Melukis Watak Animasi (dikelolakan oleh Filem Negara)

3. 9 Mei, jam 11 pg. - 12.30 tgh.
- Ceramah Khas Presiden ANIMAS
- "Animasi; Prospek dan Halatujunya".

4. 15 Mei , 11 pg. - 12.30 tgh.
- Bengkel Asas Animasi (oleh Amir, Along & Art)

5. 15 mei, 2.30ptg - 4.00ptg
- Dialog "Anjakan Teknik dan Persembahan Animasi" (panelis - CD Hamdan, Amir, Zahir ANIMAGIS dan Otekkekatak)

6. 16 Mei, jam 11 pg. -12.30 tgh.
- Forum Kartunis dan Animasi "Usop Sontorian Cetus Fenomena" (panelis - Adzlan Sulong MCP, Kamn Ismail ANIMAS dan Kartunis UJANG)

Sementara itu satu perbincangan antara pihak ANIMAS - Persatuan Animasi Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia yang telah diadakan pada 27 April 2010 antara lain mencadangkan satu pameran lukisan dan ilustrasi seni animasi 2010 untuk ahli-ahli ANIMAS dan pengiat-pengiat seni animasi tanah air (Ini termasuk concept artist). Besar lukisan 80cm X 90cm - warna atau hitam putih disertakan nota keterangan mengenai media / dan objectif lukisan / Ilustrasi. Usaha ini akan diperhebatkan sekiranya ada sambutan daripada para karyawan dan penerbit animasi yang berminat.



2 comments:

  1. Assalammualaikum, boleh tanya, phsycotek tu memrlukan pekerja baru x?

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam,

    kalo ingin membuat sebarang pertanyaan atau permohonan mengenai psychotek sdn. bhd., boleh emelkan resume & showreel terus ke admin@psychotek.com.my ataupon najat@psychotek.com.my ye.

    thanks

    ReplyDelete