Friday, April 30, 2010

Pameran Animasi di Perpustakaan Negara

Satu Program Pameran Animasi 1Malaysia akan diadakan bertempat di Perpustakaan Negara. Berikut adalah detail yang diposkan kepada saya;

1. 4 Mei, jam 2 ptg.
- Majlis Perasmian Pameran (kepada yang berkesempatan marilah memeriahkan acara)

2. 8 Mei, jam 10 pg.
- Pertandingan Melukis Watak Animasi (dikelolakan oleh Filem Negara)

3. 9 Mei, jam 11 pg. - 12.30 tgh.
- Ceramah Khas Presiden ANIMAS
- "Animasi; Prospek dan Halatujunya".

4. 15 Mei , 11 pg. - 12.30 tgh.
- Bengkel Asas Animasi (oleh Amir, Along & Art)

5. 15 mei, 2.30ptg - 4.00ptg
- Dialog "Anjakan Teknik dan Persembahan Animasi" (panelis - CD Hamdan, Amir, Zahir ANIMAGIS dan Otekkekatak)

6. 16 Mei, jam 11 pg. -12.30 tgh.
- Forum Kartunis dan Animasi "Usop Sontorian Cetus Fenomena" (panelis - Adzlan Sulong MCP, Kamn Ismail ANIMAS dan Kartunis UJANG)

Sementara itu satu perbincangan antara pihak ANIMAS - Persatuan Animasi Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia yang telah diadakan pada 27 April 2010 antara lain mencadangkan satu pameran lukisan dan ilustrasi seni animasi 2010 untuk ahli-ahli ANIMAS dan pengiat-pengiat seni animasi tanah air (Ini termasuk concept artist). Besar lukisan 80cm X 90cm - warna atau hitam putih disertakan nota keterangan mengenai media / dan objectif lukisan / Ilustrasi. Usaha ini akan diperhebatkan sekiranya ada sambutan daripada para karyawan dan penerbit animasi yang berminat.



Monday, April 26, 2010

ANIMAS - 3rd AGM

Baru-baru ini telah berlangsung Mesyuarat Agung kali ke 3 Persatuan Animasi Malaysia atau ANIMAS bertempat di FINAS. Berikut adalah laporan ringkas mengenai kejadian itu;

Menyuarat yang dijadualkan pukul 11 pagi - tersasar 15 minit kerana para hadirin begitu cekal "menghadap" sajian mee goreng dan karipap yang disediakan. Saya sendiri hampir tidak perasan apabila disapa oleh Tuan Setiausaha (Mr. James Oii) yang begitu gelisah berkali-kali meminta para hadirin segera memenuhi ruang perhimpunan. Hampir-hampir sahaja tengkuk mereka yang masih berdegil itu dikarate oleh James.

Agenda dimulakan dengan ucapan Tuan Presiden (En. Hassan Muthalib). Menyentuh sedikit tentang sejarah animasi tanahair, isu-isu industri di Malaysia, penubuhan ANIMAS, penglibatan dan juga sumbangan ahli-ahli persatuan dalam program-program anjuran agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan. Susunan kronologi yang disediakan oleh En. Hassan begitu kemas dan informatif sekali. Akhir sekali En. Hassan menyampaikan harapan beliau kepada masa depan persatuan dan seterusnya melepaskan jawatan Presiden ANIMAS bagi penggal 2009 / 2010.

Berikutnya adalah pembentangan belanjawan ANIMAS berakhir 31 Disember 2009 oleh Mr. James. Beliau menjelaskan buat masa sekarang dana yang terkumpul cuma dari kutipan yuran keahlian yang tidak sebanyak mana. Sehingga kini, dana kecil itu masih belum digunakan. Aktiviti-aktiviti yang dijayakan sebelum ini juga dikatakan sedikit sebanyak merobek selai-dua ringgit daripada poket beberapa orang ahli yang bermurah-hati menghulur.. ringgit-ringgit mereka yang berlebih itu. Untuk itu, syabas kita ucapkan kepada mereka-mereka yang sungguh kental ini!

Acara diteruskan dengan melantik Encik Ali Sobree bagi mempengerusikan sidang kemuncak pemilihan ahli-ahli jawatankuasa baru bagi penggal 2010-2011. Kejadian itu membawa kesudahan yang berikut;

Presiden: En. Kamn Ismail
Naib Presiden 1: Amer Hamzah Hashim
Naib Presiden 2: Najat Affendy Dzulkifly
Setiausaha: Mohd Zahir Zainal Abidin
Timbalan Setiausaha: Ahmad Firdaus Abd. Razif
Bendahari: Nureswandi Mohd Taib

Seramai 9 orang ahli komiti juga telah dilantik;

1. Dr. Sabzali
2. Khairur Rizal Jalani
3. Hersen Lee
4. Mohd. Rosli Arshad
5. Shamsaimun Ezil
6. Umawathy Techanamurthy
7. Ezwam Mochtar
8. Wong Pak Ting
9. Mohd Nizar Md Bohari

Peristiwa hari itu berakhir dengan begitu baik dan harmoni sekali. Ini memperlihatkan sikap yang matang gerombolan ahli-ahli ANIMAS. Tiada siren, tiada pancutan air loji, tiada maki cerca, tiada sirna. Maka, tidak kiralah siapa juga yang menerajui animas, diharap misi yang digalas dikerjaen setulus-mulusnya!