Konsep asal BUDAK BESI. Animasi ini akan dibangunkan dalam bentuk visual 3D sepenuhnya.Sunday, January 31, 2010
Salam 2010.
Konsep asal BUDAK BESI. Animasi ini akan dibangunkan dalam bentuk visual 3D sepenuhnya.Wednesday, December 9, 2009
KANCIL akan ke sekolah!
Tuesday, July 21, 2009
KANCIL

Sang Kancil merupakan salah satu watak lagenda terkenal dalam cerita teladan dan cerita dongeng tempatan di era terdahulu tanah air kita. Cerita Sang Kancil boleh didapati melalui buku-buku dan penceritaan lisan generasi tua. Walaubagaimanapun ramai antara generasi muda belum berpeluang membaca dan mendengar tentang KESELURUHAN kisah khazanah rakyat ini. Oleh yang demikian, atas hasrat mendokumentasi dan seterusnya memelihara material budaya yang tidak ternilai ini, Aniotek Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk mempopularkan kisah "Sang Kancil" terutamanya kepada golongan muda. Hasrat ini disasarkan bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa secara umum dan seluruh pelusuk nusantara khasnya. Kisah ini akan diolah dalam bentuk 26 episod siri animasi 3 Dimensi (3D Animation).
Episod pengenalan KANCIL - Watak Rimba
Zahir dengan pose standardnya
Peringkat produksi dan post produksi animasi ini dilakukan dengan bantuan teknologi komputer sepenuhnya. Kesemua komputer desktop workstation para animator dihubungkan dengan satu sistem network bagi memudahkan aliran kerja dan juga perkongsian data file animasi. Ini adalah kerana setelah pra-produksi berjalan, setiap karakter 3D yang dihasilkan dan juga background serta data-data untuk texturing akan diguna pakai oleh setiap animator dalam proses animasi. Sebelum itu, berdasarkan storyboard, layout akan disediakan iaitu dengan menyediakan background yang dihendaki dan digabungkan dengan watak yang terlibat. Watak-watak 3D ini pula akan disusun pada posisi yang dihendaki. Kemudian file 3D layout ini akan diagihkan kepada beberapa animator untuk proses animasi. Dengan perkongsian file 3D layout yang sama, akan dapat mengelakkan kekeliruan dan memastikan kesinambungan (continuity) dan keseragaman dalam adegan tersebut walaupun dianimasikan oleh beberapa orang animator yang berlainan. Seterusnya, apabila semua file 3D ini sudah siap animasinya, ia akan dirender dalam bentuk image sequence dalam format PNG. Kesemua file imej yang sudah dirender ini akan dihantar ke workstation compositor untuk melakukan kerja-kerja compositing.Najib yang menjadikan Adlin Aman Ramli sebagai idolanya kini semakin mendapat tempat dihati warga seluruh Batu Pahat.
Penyumbang suara untuk watak-watak utama. Grrr.. Auww!
Begitulah serba sedikit kisah-alkisahnya dengan Kancil.
Sejujurnya, kami pernah berada di suatu tahap yang amat tertekan kerana kekangan kewangan untuk meneruskan projek ini. Setakat ini kami terus bertahan atas dasar prinsip, semangat dan percaya solusiNya - tetap ada buat kami. InsyaAllah. Sasaran kami adalah untuk menyiapkan animasi ini secepat mungkin memandangkan kini, kami telahpun didatangi beberapa tawaran berpotensi!
(Petikan penutup Kertas kerja En. Hassan Abd. Muthalib yang telah dibentangkan di Dewan Bahasa & Pustaka sempena Minggu Sastera Kebangsaan Nov 2000)
Wednesday, July 15, 2009
Asia-Pasific Broadcast Union (ABU) - Bahagian 2
1. Animation World
Durasi : 3 minit ++
Pengarah : Mohd Zahir Zainal Abidin


Secara ringkas Animation World mengisahkan seorang kanak-kanak yang dibawa mengembara ke dunia animasi setelah dikidnap. Disana dia melalui pengalaman melihat sendiri bagaimana proses-proses pembangunan watak 3D itu dilakukan dari perspektif pengkidnap yang bertukar menjadi rakan mayanya iaitu Kancil. Keadaan bertukar cemas dengan kemunculan Harimau dan Gergasi.
2. Cici the Noughty Goose
Durasi : 3 minit ++
Pengarah : Abu Zaharen Abu Talib


Cici the Noughty Goose adalah kisah seekor anak angsa yang nakal. Suka cari gaduh sana-sini dan gagal mematuhi arahan ibunya supaya duduk dirumah dan baca buku. Obsesinya pada kelajuan mengakibatkan Cici terjebak dalam kemalangan ngeri - akhirnya!Animasi ini sesuai disyorkan sebagai tontonan wajib kepada kaki rempit dan malaon jalan raya yang lain.
Akhir kata dari saya, jangan merempit dan.. majulah animasi untuk Negara.
Monday, June 29, 2009
Asia-Pasific Broadcast Union (ABU) - Bahagian 1
Antara scene yang belom pon di composite lagi
Produksi Aniotek Sdn. Bhd. dipelawa oleh RTM untuk menyediakan contents for ABU Children's TV Programme Item-Exchange Meeting & Workshop 2009. Terbahagi kepada 4 kategori;
1. Children's Stories
2. How Things are made
3. Nature/ Animal/ Environment
4. Innovation and Experimental
Cici the Naughty Goose
Kami cukup berbesar hati dengan pelawaan tersebut. Apatah lagi ini merupakan kali pertama kami bekerjasama dengan RTM. Pendek cerita, kami diminta menyediakan persembahan berbentuk animasi berdurasi 3 minit untuk kategori Children Stories dan Innovation and Experimental. Lebih mencabar lagi kami cuma ada kurang 30 hari untuk menyiapkan persembahan tersebut!
"Animation World" melibatkan scenes live action composite dengan dunia animasi
Demi menyahut cabaran, pasukan Aniotek sedang bertungkus lumus menyiapkan misi ini. Kini, kami telah pon berada diperingkat akhir kerja-kerja produksi. Ini termasuk rakaman video dan proses animasi. Saya akan catatkan kesudahan kisah menyayat hati ini dibahagian kedua nanti. Apa yang penting - projek ini perlu disiapkan sebelum 10hb Julai ini. Pasti disiapkan.
Friday, May 29, 2009
Projek X - Shooting!
Pujian harus berikan kepada seluruh warga kerja yang terlibat di lokasi. Saya cukup kagum dan berterima kasih kepada beberapa individu yang sanggup menyumbangkan masa serta tenaga profesional mereka secara PERCUMA bagi menjayakan projek ini. Saya percaya bakat dan kegigihan luar biasa mereka akan membentuk "gelombang yang hebat" dalam industri perfileman Negara satu hari nanti. Saya bangga berjuang bersama-sama mereka! (you know who you are my friends..)

Berikut adalah antara wajah-wajah dan aksi-aksi ditempat kejadian;




Monday, May 18, 2009
Apa Kata Hati?
Setiap kali menonton sesebuah filem, bahagian yang paling saya tunggu-tunggu adalah "opening title" dan "closing credit"nya. Bahagian ini biasanya dibuat dalam bentuk montaj (grafik atau animasi) merupakan bayangan kepada cerita yang bakal ditonton. Contohnya kalau kita menonton filem adiwira, montajnya cenderung memaparkan konsep panel komik. Ini bertujuan mempertegaskan filem yang bakal ditonton adalah sebuah karya adaptasi dari komik tertentu. Antara opening title dan closing credit yang saya rasa cukup menarik ialah filem-filem James Bond, 300, Ratatouille, Mummy - Tomb of Dragon Emperor dan banyak lagi!
Sajian montaj yang lazat ini bukanlah perkara baru. Seingat saya filem Mekanik (lakonan Azmil Mustapha) yang diterbitkan pada awal tahun 80-an dulu pun sudah menggunakan montaj grafik (animasi?) sebagai opening title filem tersebut. Tapi entah kenapa selepas itu memang tidak banyak filem-filem tempatan yang berusaha untuk menyelitkan montaj sebegini dalam persembahan mereka. Agaknya, mungkin belum ada produksi yang khusus dalam skop pembangunan kerja (montaj filem) ini diMalaysia.
Sebuah filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Pasukan produksi saya berpeluang terlibat dalam menyediakan opening title filem "Apa Kata Hati?". Montaj ini berbentuk animasi 2D. Kerja-kerja penghasilan dimulakan dengan rekaan watak dan konsep. Pada peringkat awal kami diminta bekerjasama dengan pasukan Nuorg Sdn. Bhd. Nuorg juga telah mengusulkan papan cerita. Namun setelah melalui beberapa siri rundingan damai, konsep warna dan penceritaan diubah mengikut kehendak pengarahnya - Saw Teong Hin. "Misti ciriaaa.." kata beliau. Keseluruhan proses pembangunan animasi hinggalah ke pos-produksi dilakukan sepenuhnya di studio kami. Kerja-kerja animasi melibatkan cell drawings (2D) dan penyediaan elemen-elemen 3D. Bahan-bahan mentah ini kemudiannya digoreng didalam After Effects sebelum disusun mengikut scenes untuk suntingan. Akhir sekali montaj yang telah diluluskan oleh para panel (2 hari sebelum eidilfitri - fuh!) diusung ke Finas untuk proses "kinetransfer".
Monday, May 11, 2009
Projek X - Pembangunan watak janaan komputer

Model ini tidak lengkap sekiranya tidak diwarnakan. Proses memberi warna-warna kehidupan pada model ini di panggil texturing. Ini penting untuk menyerlahkan lagi keanggunan si-model 3D tersebut. Warna-warna pilihan pula perlulah mengikut tema kemasyarakatan watak. Seperti kita juga, kalau ingin menghadiri kendiri kahwin. Pakailah warna-warna ceria. Barulah kena dengan tema! Cubalah elakkan memakai pakaian berwarna hitam. Warna hitam lebih sesuai digunakan untuk menghadiri majlis orang mati ataupun ke konsert death metal.
Akhir sekali, model ini akan di susuk dengan kerangka dan tulang-temulang. Proses ini dinamakan rigging. Pemasangan kerangka ini memerlukan pengamalnya menguasai bahasa-bahasa tertentu contohnya "MEL" ataupun "MAXscript". Syarat ini membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan dengan entiti yang mendiami perut program. Setelah beberapa siri "bercakap dengan program" diusahakan, pendek kisah.. maka model ini siap-sedia untuk di kerjaen.
Tuesday, May 5, 2009
Projek X - Konsep
Saya memang ingin biken filim. Keinginan ini sebenarnya sudah jadi kegilaan. Ya! saya sudah gila mahu biken filim. Malangnya saya tidak pernah terlibat secara langsung dengan penerbitan filem komersial. Itu menjadikan saya buta filem. Walaupun saya seorang graduan multimedia yang mengkhusus ke bidang filem dan animasi, itu cuma nama. Tidak ada isinya! Amat dengkek pemahaman saya tentang filem. Cuma disuap dengan garis-garis prinsipal filem yang tidak seberapa, pastinya tidak menjadikan saya seorang yang arif dalam seni filem.
Tapi saya langsung tidak peduli itu semua. Filem adalah medium bercerita. Itu yang saya tahu. Bercerita tidak perlukan format yang standard. Ada kisah yang perlukan sehingga 3 jam untuk diceritakan. Macam cerita hindustan. Ada juga kisah yang cuma memerlukan 30 saat. Tapi bercerita di kedai kopi dan bercerita melalui filem sangatlah berbeza kisahnya. Bercerita di kedai kopi cuma memerlukan sang pencerita bermodalkan kahak dan lidah sahaja. Bercerita bermediumkan filem pula menuntut penceritanya bermodalkan uang! Bahan utama ini akan memberi kesan langsung terhadap mutu dan rasa filem yang mahu digarap.

Antara lakaran awal konsep rekaan watak CGI
Gila! Mahu biken filim. Sedangkan saya "sebok gila". Kesibukan yang menggila menggodam ruang kesempatan saya untuk meneruskan kerja gila tersebut. Namun itu semua alasan duniawi semata-mata. Agen medula yang masih tersisa berbisik "ini kirja misti mau jalan!". Nah! Sebuah projek filem pendek akhirnya dirancang juga penerbitannya. Setakat ini kerja-kerja pra-produksi berjalan agak lancar. Filem pendek yang akan memanfaatkan 100% kepakaran dalaman (in-house) ini dijadualkan produksinya pada akhir bulan Mei ini. Kami menemui kesukaran menemukan judul yang sesuai. Atas kebebalan itu kami namakan sahaja filem ini "Projek-X"!
Thursday, April 23, 2009
Maafkan saya cikgu.
Jaga-jaga cikgu.. saya datang!